Gambar Pengolokkan OnePlus 8 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Berlubang Dan Empat Kamera Belakang

TechnologyDigital
21 Oct 2019 • 8:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 7T masih belum ditawarkan di Malaysia secara rasminya buat masa ini, tetapi perkara ini tidak menghentikan kehadiran desas-desus dan ura-ura berkaitan telefon pintar seterusnya daripada OnePlus. Lanjutan daripada perkongsian gambar pengolokkan untuk OnePlus 8 sebelum ini, kini gambar pengolokkan untuk OnePlus 8 Pro turut hadir ke arena web.

image is not available

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti OnePlus 8 sebelum ini. Ia menyertakan penggunaan skrin berlubang untuk kamera swafoto pada bahagian kiri skrin, selain pada masa yang sama, ia menyertakan sebuah sensor tambahan untuk kamera belakang – iaitu sensor ToF.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi. OnePlus 8 dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan pertama 2020 kelak.