Pekerja Ikea Tebrau positif Covid-19, jualan makanan ditutup

5 Apr 2020 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan jualan makanan Ikea Tebrau ditutup sementara sehingga diberitahu kelak apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, Ikea Tebrau memberitahu mereka telah dimaklumkan hasil ujian yang telah diadakan pada 1 April dan telah memberikan kerjasama kepada pegawai dari jabatan kesihatan.

"Kami akan mengambil tindakan mengikut nasihat mereka, kerja membersih dan sanitasi keseluruhan gedung, kawasan dan kemudahan awam akan dilakukan, mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," menurut kenyataan tersebut.

Ikea Tebrau menyatakan semua perkara yang perlu dilakukan juga akan diambil tindakan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja mereka kerana mereka adalah keutamaan pihaknya.

"Kami meminta agar orang ramai untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan menghindari diri mereka daripada Covid-19," menurut kenyataan itu dan menambah, gedung itu hanya akan dibuka selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa.- Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved