Kapal persiaran disekat masuk di semua pelabuhan Malaysia

8 Mar 2020 • 6:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) bersama agensi kerajaan lain telah memutuskan untuk tidak membenarkan kapal persiaran memasuki semua pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Klang berkuat kuasa serta-merta susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, sekatan itu akan ditarik balik sehingga keadaan kembali pulih serta penyebaran wabak itu dapat dikawal sepenuhnya.

"Kami mengakui bahawa industri pelayaran merupakan komponen penting dalam industri pelancongan Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara.

"Kami berharap ini adalah langkah sementara dan yakin bahawa usaha bersepadu semua pihak akan membantu menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kemasukan kapal persiaran yang melibatkan penumpang dan anak kapal secara tidak langsung memerlukan sumber perubatan yang banyak di kawasan pelabuhan untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan.

Terdahulu, KKM semalam mengesahkan jumlah mangsa yang positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 93 kes dengan penambahan 10 kes baharu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved