'Jangan bangkit isu peralihan kuasa PM'

PoliticsBusiness & Finance
16 Jan 2020 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Isu peralihan kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan tidak seharusnya terus dibangkitkan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, sekiranya isu peralihan kuasa dibangkitkan secara berterusan, ia akan mengganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Isu peralihan kuasa juga tidak harus terus-menerus dibangkitkan kerana ia akan mengganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

"Biarlah Majlis Presiden PH yang menentukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, The Straits Times Singapura semalam turut melaporkan bahawa pelaburan asing ke Malaysia meningkat pada tahun lalu.

"Ini membuktikan bahawa reformasi yang dilakukan PH dalam pentadbiran kerajaan berjaya mengembalikan kepercayaan pelabur asing untuk kembali melabur di Malaysia.

"Tahun 2020 ini, kerajaan akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk memulihkan ekonomi negara agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Katanya, fokus kepada pemulihan ekonomi itu juga tidak seharusnya terganggu dengan isu-isu lain termasuk isu-isu perkauman dan agama yang sengaja dimainkan.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar mahu peralihan kuasa PM berlaku aman

Era peralihan kuasa Mahathir-Anwar bermula


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved