SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penularan tangkap layar artikel berhubung solat Jumaat tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertarikh 8 April.
Gambar tangkap layar laporan tersebut sebenarnya ialah tarikh yang terdapat pada laman web rasmi Sinar Harian.
Bagaimanapun, gambaar itu disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp seolah-olah ia adalah laporan berita yang baru diterbitkan.
Sebenarnya laporan tersebut adalah berita yang disiarkan pada 12 Mac lalu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan
Sehubungan itu, Sinar Harian berharap orang ramai tidak terkeliru dengan laporan sebenar dan gambar tangkap layar yang sengaja disebarkan itu



