Facebook Ingin Menyasarkan Lebih Ramai Pengguna Muda – Akan Syorkan Perkongsian Feed Berasaskan AI

TechnologyDigital
2 Jun 2024 • 8:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini berkongsi berkenaan sasaran mereka dalam pembangunan fasa seterusnya laman sosial berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, perkhidmatan yang digunakan lebih 3 bilion pengguna berkenaan sering dikaitkan dengan pengguna yang telah meningkat usia, sebaliknya platform lain yang lebih diminati pengguna muda dan remaja.

image is not available

Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda. Langkah ini termasuk dalam penemuan kandungan baharu melalui Reels, perkongsian minat melalui Facebook Groups, menemui pelbagai perniagaan dan komuniti setempat, menemui teman melalui Facebook Dating, dan juga berjual-beli melalui Facebook Marketplace. Produk-produk ini dijangka akan menerima fokus lebih tinggi berbanding sebelum ini, sekaligus memudahkan lagi fokus pengguna muda.

Pada masa yang sama, Facebook turut berkongsi menyatakan akan menggunakan kecerdasan buatan dalam memaparkan kepelbagaian kandungan berasaskan minat pada Feed pengguna. Ini sekaligus akan membawa kepada perubahan daripada paparan Feed sebelum ini yang memfokuskan kepada rakan-rakan yang kita ikuti.

Facebook menyasarkan mempunyai teknologi pengesyoran kandungan yang terbaik di dunia menjelang 2026, digunakan dalam memaparkan kandungan pada Feed dan juga Reels. Tidak ketinggalan juga perkongsian video melalui Facebook, termasuk dari segi video Reel, video panjang, dan juga siaran langsung pada platform berkenaan.

Dengan pelbagai perubahan dan fokus baharu ini, Facebook ingin memudahkan lagi penemuan perkongsian baharu pada platform mereka, sekaligus menarik lebih ramai pengguna muda dan remaja dalam menggunakan platform berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved