Facebook, Instagram, Threads alami masalah teknikal

Technology
6 Mar 2024 • 12:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SAN FRANCISCO: Platform media sosial milik Meta iaitu Facebook, Instagram dan Threads mengalami gangguan pada pagi Selasa, lapor Xinhua.

Menerusi hantaran di X, Pengarah komunikasi Meta Andy Stone mengesahkan gangguan kira-kira 10 pagi waktu tempatan itu.

“”Kami sedar orang ramai menghadapai kesukaran untuk mengakses perkhidmatan kami. Kami sedang menangani isu ini sekarang,” katanya.

Tidak lama selepas 12 tengah hari waktu tempatan, kesemua aplikasi itu berfungsi semula.

Meta berkata gangguan itu bersifat “teknikal”.-Bernama