Facebook kembali pulih selepas alami gangguan akses

LocalTechnology
19 Jul 2026 • 9:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Facebook kembali pulih selepas alami gangguan akses
Facebook dilaporkan mengalami gangguan teknikal menyebabkan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, berdepan kesukaran mengakses akaun.

KUALA LUMPUR - Platform media sosial Facebook kini kembali pulih dan boleh diakses sepenuhnya selepas mengalami gangguan perkhidmatan petang tadi.

Semakan Bernama mendapati aplikasi itu kini beroperasi seperti biasa menerusi mana-mana peranti termasuk komputer, membolehkan pengguna log masuk serta menggunakan fungsi utama platform berkenaan tanpa sebarang gangguan.

Seorang pengguna @MadameSeniorita meluahkan rasa lega selepas mendapati Facebook boleh diakses kembali serta berkongsi perkembangan itu menerusi platform media sosial lain.

"Facebook is back!!! YEHEY!!!” (Facebook kembali pulih!!! YEHEY!!!), menurutnya menerusi hantaran di aplikasi X.

Sementara itu, The Mirror, sebuah portal berita dan akhbar tabloid di United Kingdom, menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan platform itu sudah kembali pulih.

"Facebook is back” (Facebook kembali pulih), menurut hantaran berkenaan.

Terdahulu, Facebook dilaporkan mengalami gangguan teknikal menyebabkan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, berdepan kesukaran mengakses akaun, memuat naik foto dan video serta menghantar mesej menerusi aplikasi Messenger. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved