Facebook Menguji Ciri Satu Akaun Mempunyai Sehingga Lima Profil Berbeza

TechnologyDigital
15 Jul 2022 • 8:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita hidup di atas talian sejak lebih dua dekad dan sudah menjadi perkara biasa selain mempunyai nama sebenar seperti di MyKad, kita juga mempunyai nama samaran untuk aktivi atas talian. Ramai mungkin hanya mengenali anda dengan nama samaran. Oleh sebab itu mungkin anda mahu mempunyai profil media sosial berbeza untuk dua identiti ini.

image is not available

Menurut laporan CNET, Facebook sedang menguji membenarkan pengguna mempunyai sehingga lima profil berbeza di bawah satu akaun. Satu profil mungkin khas untuk kegunaan peribadi dan hanya untuk keluarga terdekat. Satu lagi profil untuk kerja, satu profil untuk identiti permainan atas talian dan lain-lain.

Dengan ini maklumat tertentu hanya boleh dilihat oleh kumpulan tertentu sahaja. Mirip dengan ciri Circles pada Google+ suatu ketika dahulu. Ini mungkin cara paling mudah untuk memisahkan identiti kedua yang hanya digunakan untuk kerja dengan identiti sebenar yang ingin dirahsiakan dari umum.