Facebook Pernah Mengintip Trafik Pengguna Snapchat Melalui Projek Ghostbusters

TechnologyDigital
27 Mar 2024 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setiap platform media sosial pasti akan ada sahaja skandal privasi dan sekuriti. Disebabkan itu pada tahun 2024 ini masih ada individu yang tidak memiliki apa-apa akaun media sosial dan atau aktif di web. TechCrunch awal padi tadi melaporkan yang Facebook pernah mengintip trafik pengguna Snapchat.

Aktiviti mengintip ini berlaku pada tahun 2016 melalui Project Ghosbusters kerana ikon Snapchat yang mirip hantu fiksyen. Dalam perbicaraan mahkamah antara Meta dan pengguna, dokumen mengenai projek ini didedahkan kepada umum. Disebabkan trafik pengguna pada platform media sosial pesaing disulitkan, sukar untuk Facebook menjejak pesaing mereka.

image is not available

Project Ghostbusters dikendalikan oleh pasukan Onavo, iaitu perkhidmatan seakan VPN yang diambil-alih oleh Facebook pada tahun 2013. Pasukan ini berjaya membangunkan aplikasi iOS dan Android yang boleh melihat trafik penggunaan aplikasi. Selepas Facebook mengintip trafik pengguna Snapchat, mereka beralih pula kepada YouTube dan Amazon.

Perbicaraan mahkamah ini adalah untuk Facebook yang didakwa menipu pengguna atas aktiviti mengumpul data dan menyalahgunakan data yang telah diperoleh. Kes ini difailkan oleh Sarah Grabert dan Maximilian Klein pada tahun 2020.