Facebook Tawar Kelas Pemulihan Kepada Pencipta Kandungan Yang Melanggar Piawaian Komuniti

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 11:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini memperkenalkan inisiatif baharu untuk membantu pencipta kandungan di platform berkenaan untuk dapat terus mengakses Facebook walaupun setelah melanggar piawaian komunitinya pada kali pertama. Menurut Facebook, pihak mereka menyedari yang semua orang pastinya pernah melakukan kesilapan tanpa disengajakan. Justeru itu, program “kelas pemulihan” diwujudkan bagi memberikan peluang kedua dan membantu pengguna untuk lebih memahami serta mematuhi piawaian komuniti Facebook.

image is not available

Fokus pihak mereka adalah untuk memberikan pendekatan dari segi pendidikan terlebih dahulu sebelum segera menghukum pengguna yang melanggar piawaian komuniti untuk pertama kali. Apabila pengguna melanggar piawaian, mereka akan menerima amaran dan pemberitahuan untuk melengkapkan latihan pendidikan. Setelah selesai, barulah amaran akan dipadam daripada rekod pengguna.n.

Namun, bagi pencipta kandungan mengulangi kesilapan dalam tempoh setahu, mereka berhadapan dengan hukuman menerima amaran dan ia tidak lagi dapat memadam rekod. Ia sekaligus akan menyebabkan akaun mereka kurang jangkauan dan peluang menghasilkan pendapatan menerusi Facebook dihadkan.

Buat masa ini, program latihan ini hanya ditawarkan kepada pencipta kandungan yang menggunakan Mod Profesional dan hanya akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Ia adalah mirip langkah yang diambil YouTube sebelum ini juga memperkenalkan kelas pemulihan kepada pengguna yang menerima amaran kerana melanggar terma laman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved