
KUALA KUMPUR – Pelakon Fadhlan Hazim menafikan hantaran sedih yang dimuat naik dalam Instagram memberi bayangan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya mengakui platform itu tidak lagi sehaluan dengan minat serta gaya hidupnya ketika ini.
Ujar Fadhlan atau nama sebenarnya Fadhlan Hazim Anuwar, 34, dia masih menggunakan Instagram, namun lebih selesa memanfaatkan TikTok dan YouTube untuk berkongsi kandungan berkaitan kehidupan harian, perniagaan serta hobi.
“Bukanlah bermaksud saya mahu menghilangkan diri daripada industri seni atau dunia ini. Tidak. Cuma sekarang saya lebih banyak meluangkan masa di TikTok dan YouTube.
“Saya rasa suasana Instagram sudah tidak begitu sesuai dengan diri saya buat masa ini kerana saya lebih fokus kepada urusan perniagaan, menjual barang serta berkongsi tentang hobi. Algoritma Instagram pun saya rasa sudah berubah,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah bintang filem Nar’sata: Sekutu Setan itu, dia juga sudah memadam aplikasi Threads kerana kurang selesa dengan kandungan di platform tersebut, terutama hantaran berbentuk kecaman, rungutan dan keluhan mengenai kehidupan seharian.
“Saya dah padam aplikasi itu juga. Saya melihat ramai pengguna suka mengecam orang lain, mengeluh dan merungut.
“Ada yang berkongsi cerita tentang pergaduhan dengan orang lain di lampu isyarat dan macam-macam lagi. Saya tidak mahu terbabit dalam suasana begitu.
“Kita sendiri sudah mempunyai masalah serta rungutan dalam kehidupan. Jadi, tidak perlu menambah beban dengan membaca keluhan orang lain mengenai pekerjaan atau kakitangan mereka,” ujarnya pada majlis pelancaran filem TAKLUK 2 : OP DAULAT, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kecenderungan sesetengah selebriti berkongsi masalah peribadi, termasuk konflik rumah tangga dalam media sosial, Fadhlan enggan menghakimi pilihan individu lain untuk berbuat demikian.
“Saya tidak menentang perkara itu kerana setiap orang mempunyai hak untuk berkongsi apa sahaja. Cuma, saya memilih untuk tidak membaca kandungan sebegitu kerana mahu fokus kepada rumah tangga sendiri.
“Saya mahu menikmati kandungan media sosial yang menggembirakan sahaja. Kalau orang lain mahu berkongsi masalah, itu pilihan mereka, tetapi saya tidak akan membacanya.
“Saya sendiri mempunyai masalah untuk diuruskan. Jadi, lebih baik saya memberikan perhatian kepada kehidupan sendiri daripada terlalu memikirkan masalah orang lain,” tuturnya.
Terdahulu, Fadhlan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya apabila memuat naik sekeping gambar dalam Instagram berserta kapsyen berbahasa Inggeris, “Posting this before I disappear again” (Memuat naik hantaran ini sebelum saya menghilangkan diri sekali lagi).
Hantaran itu mengundang pelbagai persoalan mengenai maksud sebenar kapsyen berkenaan, termasuk spekulasi bahawa
The post Fadhlan Hazim: ‘Saya dah padam Threads, ramai suka mengecam’ appeared first on Kosmo Online.
