Fadhli Shaari enggan minta maaf – “Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan”

LocalPolitics
29 Jul 2025 • 5:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari enggan minta maaf berhubung hantarannya sebelum ini yang didakwa menyindir usaha kerajaan dalam mencari penyelesaian mendamaikan antara negara Thailand dan Kemboja.

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau sebaliknya menyerahkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa memandangkan ada individu yang sudah membuat laporan.

Fadhli Shaari enggan minta maaf

image is not available

“Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat minta maaf,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, ramai pemimpin menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas itu membuat permohonan maaf kepada rakyat Thailand dan Kemboja serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hantarannya sebelum ini yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Meskipun hantaran tersebut sudah dipadam di media sosialnya, namun tindakan itu tidak mampu meredakan kemarahan serta tidak puas hati orang ramai atas perbuatannya.

Fadhli Shaari enggan minta maaf

image is not available

Semalam, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya.

Persetujuan tersebut diperoleh selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana dimana Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap krisis berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today (Nora Mahpar)