Fadhlina Sidek kagum disiplin luar biasa PM Anwar – “Walau sibuk urus negara, tetap menulis setiap hari”

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 10:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kagum terhadap disiplin dan komitmen tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap meluangkan masa menulis serta menyunting bukunya sendiri walaupun sibuk mengurus tadbir negara.

Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR menyifatkan usaha itu sebagai lambang disiplin intelektual dan keilmuan luar biasa yang menjadikan penulisan Anwar penuh ketajaman fikiran dan ketelitian bahasa.

Fadhlina Sidek kagum

image is not available
image is not available

“Dalam kesibukan mengurus tadbir Negara, beliau mempunyai disiplin yang kuat. Beliau menulis dan mengedit buku tulisannya sendiri setiap hari sehingga siap dicetak sepenuhnya.

“Disiplin intelektual dan rutin keilmuan beliau sangat tinggi menjadikan buku ini sangat cerdas penyampaiannya.

“Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim! Terima kasih jua atas kiriman bukunya!” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang turut menzahirkan rasa kagum terhadap semangat serta dedikasi Perdana Menteri dalam bidang penulisan, meskipun dibebani tanggungjawab besar mentadbir negara.

image is not available

Sumber: Facebook @Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved