Fadhlina Sidek mula tugas secara rasmi di KPM

5 Dec 2022 • 3:58 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek secara rasminya memulakan tugasnya di Pejabat Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Blok E8, Kompleks E, Putrajaya pada 8.55 pagi tadi.

Beliau disambut oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali dan warga KPM.

Pada masa sama, Fadhlina turut beramah mesra bersama media yang hadir dan berterima kasih atas kesudian membuat liputan hari pertamanya di KPM.

image is not available
Fadhlina bergambar semasa mengimbas kad sempena hari pertamanya sebagai Menteri Pendidikan di KPM.

Pada pukul 9 pagi, Fadhlina telah mengimbas kad perakam sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kementerian.

Lantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan merupakan lantikan bersejarah apabila menjadi wanita pertama yang memegang jawatan itu.

Fadhlina adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

image is not available
Pkharuddin Ghazali (kiri) bersama Fadhlina (kanan) mengadakan perbincangan di Pejabat Menteri, KPM, Putrajaya.

Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.

Selain itu, Fadhlina juga dikenali sebagai antara individu yang sering memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual serta menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

Sinar Bestari ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Fadhlina dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dan seterusnya memartabatkan sistem pendidikan negara pada tahap yang lebih baik.

Artkel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok