Fadhlina umum SSDM dikembali ke fungsi asal, dapat kurangkan beban guru

LocalPolitics
1 Nov 2025 • 1:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif dengan mengembalikan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kepada fungsi asal bagi memastikan guru dapat menumpukan perhatian kepada tugas utama tanpa dibebankan dengan urusan remeh.

SSDM dikembali ke fungsi asal, catat salah laku & tindakan disiplin

Memetik laporan daripada Berita Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata penambahbaikan itu membolehkan warga pendidik lebih fokus terhadap pelaksanaan Kurikulum Baharu Sekolah Rendah dan Menengah yang dijadualkan bermula pada 2026 dan 2027.

“Saya ingin memaklumkan SSDM akan dikembalikan kepada fungsi asal iaitu hanya mencatat salah laku dan tindakan disiplin.
“Guru tidak perlu mencatat perkara remeh seperti murid tidak membawa buku latihan atau sebagainya kerana secara umumnya anak-anak kita baik dan menjadi kebanggaan kita,” katanya.

image is not available

SSDM kembali ke fungsi asal bagi ruang guru fokus tugas hakiki

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Suara Guru Malaysia di Auditorium Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), hari ini.

Menurut Fadhlina, sistem SSDM akan digunakan bagi membantu pihak sekolah mengesan murid yang benar-benar memerlukan intervensi, sama ada daripada Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa, atau bantuan sosial lain.

image is not available

Katanya lagi, SSDM tidak sepatutnya dijadikan mekanisme pertandingan atau menambah tekanan kepada guru, sebaliknya dikekalkan sebagai sistem rekod disiplin yang membantu pengurusan sekolah.

“Langkah penambahbaikan ini akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar membantu meringankan tugas guru,” jelasnya.

image is not available

Langkah ini disambut baik ramai warga pendidik yang sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap beban tugas tidak relevan dan sekali gus memberi harapan baharu agar guru dapat kembali menumpukan sepenuhnya kepada pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar.

Sumber: Berita Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

View Original Article