Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran Fadhlina yang memuat naik gambar tulisan jawi beliau ketika istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini.

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini.

Fadhlina berkata, ia sebagai usaha untuk mengasah semula tulisan jawi agar tidak dilupakan.

"Harap guru kemahiran jawi memaafkan saya yang sedang mencuba mengingat semula bagaimana perkataan dieja dalam tulisan jawi.

"Titah Tuanku dalam sesi pembukaan Parlimen tadi sangat mendalam. Ringkas tetapi sarat dengan peringatan yang memaknai tugas sebagai ahli Parlimen," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Tambah Fadhlina, agenda reformasi pendidikan juga disentuh dengan mandat.

"Ia adalah agenda berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Pastinya isu kedaulatan negara menjadi teras titah Sultan Ibrahim. Hatta sebesar batu karang sekalipun, ia mesti dipertahankan. Daulat Tuanku," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved