Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah

29 Nov 2023 • 12:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PETALING JAYA - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan bertemu dengan pengurusan Jabatan Penerangan dalam waktu terdekat bagi membincangkan rayuan Harakah berhubung tindakan menarik balik kad perakuan media wartawannya.

Beliau berkata sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, Fahmi berkata beliau difahamkan Jabatan Penerangan sedang meneliti isu-isu berkenaan etika kewartawanan dengan garis panduan yang diwujudkan pada 1989.

“Jadi, mungkin Jabatan Penerangan ingin kemas kini dan menambah baik garis panduan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas CX Summit 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata Jabatan Penerangan ada sebab tersendiri untuk menarik balik kad perakuan media Harakah dan penjelasan lanjut perlu dirujuk dengan jabatan itu. - 29 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved