Fahmi akan minta Meta kembalikan hantaran FB Akmal Nasir yang hilang

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 8:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta mengembalikan semula hantaran milik Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Facebook, yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu.

Menurut Fahmi, beliau juga akan mengenalpasti siapa yang menyebabkan perbuatan berkenaan.

"Saya baru berhubung dgn YB Akmal dan akan minta pihak Meta cuba kembalikan posting-posting serta kenalpasti siapa yang telah lakukan perkara ini,'' katanya menerusi hantaran di aplikasi X, hari ini.


Terdahulu, Akmal menerusi hantaran di X memaklumkan semua hantarannya di Facebook mulai penghujung 2022 telah hilang secara tiba-tiba pada Isnin lalu.

Beliau memberitahu, perkara itu mula dikesan apabila semua hantaran berkaitan kempen Pemilihan Keadilan 2025 telah lenyap beberapa jam lebih awal, diikuti dengan hantaran-hantaran lain yang hilang sepenuhnya menjelang lewat petang hari yang sama.

"Kami telah menghubungi pihak Meta, dan mereka telah mengesahkan bahawa insiden ini berpunca daripada unsur sabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Insya-Allah, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan semula semua hantaran yang telah hilang,'' katanya.


Akmal juga memberitahu, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mempertimbangkan proses undang-undang termasuk tindakan saman terhadap mana-mana pihak atau individu yang terlibat sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi. - 12 Jun, 2025