Fahmi dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor

LocalPolitics
11 Dec 2025 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada Khamis. Foto Bernama.

KLANG - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' bersempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Fahmi merupakan antara 98 individu yang menerima Darjah dan Bintang Kebesaran pada istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini.

Selain Fahmi, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail dikurniakan darjah kebesaran sama yang membawa gelaran Dato’ bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita daripada keseluruhan 16 penerima Darjah Kebesaran D.P.M.S.

Terdahulu, Sultan Selangor berkenan berangkat bagi mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan baginda.

Berangkat sama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

Pada istiadat itu, anakanda Sultan Sharafuddin iaitu Tengku Zerafina mendahului senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-80 baginda. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved