Fahmi Fadzil anggap gandingan Nurul Izzah & Saifuddin Nasution ‘sangat cocok’

LocalPolitics
22 Jun 2025 • 3:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menyambut baik pelantikan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR.

image is not available

Gandingan Nurul Izzah & Saifuddin akan beri kelebihan besar

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Fahmi menyifatkan kedua-dua pemimpin itu sebagai gandingan yang “sangat cocok” dan mampu memberi kelebihan besar kepada parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya amat mengalu-alukan keputusan ini. Kedua-duanya pernah memikul tugas tersebut dan dalam keadaan ini, saya rasa ia memberi satu kelebihan kepada Keadilan kerana dua watak ini, dua pemimpin ini memang sangat cocok dan mempunyai kekuatan masing-masing,”katanya ketika ditemui selepas Karnival Kita MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

image is not available

Jawatan pengarah PRK diberi kepada Nurul Izzah & Saifuddin bukan baru

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa jawatan pengarah pilihan raya bersama itu bukan perkara baharu, malah pernah diwujudkan sebelum ini bagi mempercepat dan melancarkan penyusunan strategi parti.

Difahamkan, pelantikan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diadakan semalam

image is not available

Semalam, pelantikan berkenaan telah mencuri tumpuan selepas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa beliau hilang kepercayaan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas perkara itu, Fahmi secara ringkas menyatakan, “itu hanya dakwaan beliau,” sekali gus tidak mahu mengulas panjang kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR itu yang turut mengaitkan keputusannya melepaskan jawatan Menteri Ekonomi.

Sumber: Sinar Harian (Nurhanim Osman)