Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat

LocalPolitics
7 Dec 2022 • 6:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia yang baru dilantik hari ini menunaikan tanggungjawab rasminya sebagai menteri dengan membentangkan beberapa perkara selepas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Komunikasi Digital. Persidangan media itu dihadiri wartawan yang turut mengajukan beberapa soalan, terutama tentang halatuju 5G di Malaysia.

Senada dengan kenyataan Perdana Menteri sebelum ni, Fahmi mengulangi bahawa kerajaan akan mengkaji semula model pembangunan 5G menerusi rangkaian borong tunggal (SWN). Ia untuk menyemak situasi terkini berkenaan kelewatan dan kos terlibat. Kerajaan juga akan meneliti perjanjian dan terma berkaitan DNB untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

image is not available

Sementara itu, pembangunan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) akan diteruskan mengikut perancangan kerana kerajaan mahu ia dipercepatkan. Apabila ditanya pandangannya tentang apakah SWN model yang lebih baik daripada cara sebelum ini, Fahmi menyatakan bahawa dia belum ada pendapat tentang perkara tersebut.

Selain itu, Kabinet Kerajaan Malaysia juga akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada DNB akan terus diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) atau akan dipindah supaya diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital. Perkara ini akan diumumkan selepas keputusan dicapai kelak.

Bacaan Berkaitan