Fahmi Fadzil: Facebook, TikTok, WhatsApp Dan Telegram Adalah Platform Utama Pilihan Penipu

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 4:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook, TikTok, WhatsApp dan Telegram adalah empat platform media sosial yang menjadi pilihan utama jenayah penipuan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Platform-platform itu menyaksikan jumlah penipuan yang tinggi mencecah jutaan ringgit dengan Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta pada tahun 2023. Namun begitu maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi berpotensi jauh lebih besar berbanding jumlah sedia ada yang dicatatkan.

image is not available

Populariti yang diraih oleh keempat-empat platform berkenaan yang semakin memuncak dalam kalangan pengguna menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan. Lebih mengeruhkan keadaan apabila kalangan rakyat yang kurang peka mengenai modus operandi sindiket penipuan dalam talian yang sering berubah.

image is not available

Fahmi bagaimanapun menegaskan beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu berkenaan termasuk melesenkan platform media sosial. Selain mengetatkan peraturan serta memperkenalkan takrif baharu penipuan menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah diluluskan dalam sidang dewan Negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved