Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil baru-baru ini berada di Turkiye untuk acara Comcec untuk membincangkan tentang usahasama komersil di antara negara-negara di dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Di acara tersebut, beliau telah bertemu dengan Menteri Ekonomi Palestin, Mohammad al-Amour untuk berbincang mengenai kerjasama diantara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai sektor ekonomi.
Fahmi mengatakan bahawa ia tidak mustahil juga untuk Malaysia membantu negara tersebut dalam membangunkan semula infrastruktur telekomunikasi negara tersebut, termasuklah pengenalan transformasi digital, pembayaran atas-talian dan sebagainya.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil juga dilaporkan telah bertemu dengan Ketua Pengarah Statistical, Economic, and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (Sesric), Zehra Zumrut Selcuk untuk berbincang tentang peluang berkolaborasi diantara institusi tersebut dan juga Tun Abdul Razak Broadcasting and Information Institute dan MCMC Academy.
Proses membangunkan semula Palestin yang hancur musnah akan perkara yang rumit. Menurut PBB, sekiranya 100 lori beroperasi sepanjang hari ia akan mengambil masa 15 tahun untuk memindahkan longgokan puing bangunan-bangunan yang musnah akibat diserang tentera Israel. Proses membersihkan 40 juta tan puing ini juga dianggarkan akan menelan belanja antara $500-$600 juta.
Kemudian sebanyak $40 bilion diperlukan untuk membangunkan semula semua bangunan yang musnah dengan ia hanya akan dapat dilengkapkan pada tahun 2040. Sejak Israel melalukan serangan balas, infrastruktur di Gaza kini di tahap yang sama seperti tahun 1980



