Fahmi Fadzil: Malaysia Kini Mempunyai 18.19 Juta Langganan Rangkaian 5G

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 6:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini, Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengumumkan bahawa jumlah pengguna 5G di Malaysia sudah mencapai 53.35 peratus, bersamaan dengan 18.19 juta langganan.

Liputan rangkaian 5G juga sudah meningkat ke 82.4 peratus di kawasan berpenduduk berbanding dengan 82.1 peratus pada penghujung tahun lepas. Purata kelajuan rangkaian 5G kebangsaan setakat ini juga dicatatkan pada kadar 174Mbps.

Jumlah tapak pemancar rangkaian 5G juga dilaporkan sebanyak 7485 menara setakat ini, dan akan ditambah lagi apabila projek rangkaian 5G kedua akan bermula kelak.

image is not available

Beliau membuat pengumuman ini sewaktu acara Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang diadakan di pejabat Kementerian Komunikasi pada pagi ini. Pengumuman mengenai halatuju syarikat Digital Nasional Berhad, pengendali rangkaian 5G pertama dan U Mobile, pengendali rangkaian 5G kedua negara akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved