Fahmi Fadzil : Membangunkan Platform Media Sosial Bukan Keutamaan Kerajaan Buat Masa Ini

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam menegaskan membangunkan platform media sosial akan menelan kos yang tinggi. Oleh itu ia bukanlah keutamaan kerajaan buat masa ini. Kenyataan dikeluarkan selepas beliau mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina platform media sosial sendiri yang memudahkan ia dikawal berbanding platform media sosial luar yang beroperasi sekarang.

Tambah beliau lagi sungguhpun begitu, jika ada pihak swasta yang ingin membangunkan platform media sosial tempatan ia adalah dialu-alukan. Mereka boleh berhubung dengan pihak MOSTI dan MDEC bagi mendapatkan bantuan. Kenyataan ini dikeluarkan selepas menerima reaksi negatif daripada warganet yang mengatakan ia bukanlah idea yang bernas.

Sebelum ini terdapat beberapa platform media sosial tempatan seperti Mface yang hanya beroperasi selama beberapa tahun sebelum ditutup kerana kurang mendapat sambutan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved