Fahmi Fadzil: Meta Dijangka Terima Lesen Operasi Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
8 Jan 2025 • 6:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semua sedia maklum tentang pelaksanaan undang-undang baru di Malaysia yang mewajibkan pengendali media sosial memiliki Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (ASP (C) berkuat kuasa 1 Januari 2025. Sebanyak tiga penyedia iaitu TikTok, Wechat dan Telegram telah mendapat kelulusan lesen untuk beroperasi di negara ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Tidak lama lagi Meta pula dijangka menerima lesen berkenaan dalam tempoh terdekat.

image is not available

Dalam satu kenyataan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Meta telah menghantar beberapa dokumen untuk membuat pengesahan perkara dibangkitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat 5 petang semalam. Beliau juga menjangkakan proses itu berjalan dengan lancar dan tertib di mana Meta dijangka menerima lesen tidak lama lagi. Sementara itu dua lagi penyedia iaitu Google dan X masih dalam perbincangan dengan pihak SKMM.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai kenyataan X yang mendakwa jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai 8 juta orang, Fahmi berkata, pihak SKMM masih memerlukan sedikit masa untuk membuat pengesahan tersebut. Selain turut menjelaskan YouTube dikategorikan sebagai aplikasi media sosial kerana wujudnya YouTube Shorts yang mirip TikTok. LinkedIn pula dikatakan masih dalam penelitian sama ada ia benar-benar mempunyai pengguna yang ramai melebihi 8 juta di Malaysia atau sebaliknya.