Fahmi Fadzil : Penyedia Perkhidmatan Media Sosial Secara Dasarnya Bersetuju Untuk Dilesenkan

TechnologyDigital
4 Aug 2024 • 12:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi kini memaklumkan yang mana pelbagai penyedia perkhidmatan media sosial dan juga permesejan internet telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan. Perkara ini dikongsikan selepas pertemuan dan sesi libat urus bersama beberapa penyedia perkhidmatan berkaitan di Singapura baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini masih tiada siapa yang melakukan permohonan perlesenan media sosial lagi. Perkara ini mungkin sedia maklum, memandangkan perkara berkaitan ini baru sahaja diumumkan secara rasminya 1 Ogos 2024 lepas.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial, yang akan dikuat-kuasakan bermula 1 Jan 2025. Perkhidmatan media sosial dan juga perkhidmatan permesejan dengan lebih 8 juta pengguna aktif akan diperlukan mendaftar perlesenan ini.