Fahmi minta bantuan Tabung Kasih Hawana disalurkan segera pada wartawan hiburan yang kritikal di London

28 Dec 2023 • 9:13 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan bantuan kepada wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang kini sedang kritikal di sebuah hospital di London.

“Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.

"Saya telah minta pihak Bernama untuk menyalurkan bantuan kewangan segera kepada beliau serta suami dan anak-anak menerusi Tabung Kasih Hawana.

"Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan," tulisnya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Fiza yang bertugas sebagai wartawan di portal hiburan Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU kini sedang kritikal dan menerima rawatan di Hospital Charing Cross London selepas tidak sedarkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow sewaktu menunggu pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Fiza sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suami serta dua cahaya matanya pada pertengahan bulan ini. - 28 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved