Fahmi pertimbang fail saman fitnah berkaitan konsert Coldplay

26 Nov 2023 • 11:21 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya berkaitan penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa Coldplay baru-baru ini.

Beliau berkata, ada individu membuat hantaran berbentuk grafik menyatakan beliau mengungkapkan kalimah ‘Alhamdulillah’ berikutan konsert itu berlangsung dengan lancar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Katanya, tuduhan dilemparkan individu itu adalah berdasarkan laporan media mengenai respons beliau berhubung penganjuran konsert berkenaan.

“Tuduhan itu bagi saya bersifat fitnah dan berniat jahat, sebenarnya lari daripada konteks apa yang saya sebut dan jawapan saya kepada seorang wartawan dan jawapan penuh saya boleh didapati di laman web (laporan berita) itu.

“Saya akan minta peguam untuk meneliti semua pihak yang mengeluarkan grafik fitnah ini dan kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka… ada pihak dengan motif memesongkan fakta dari kenyataan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhir Kongres Nasional Keadilan 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mendakwa Fahmi ‘bersyukur’ dengan pelaksanaan konsert Coldplay selain turut disertakan grafik mengandungi wajah menteri itu berlatar belakangkan suasana konsert dengan tajuk ‘Konsert Coldplay: Alhamdulliah, berjalan dengan lancar - Fahmi Fadzil”. - 26 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved