Fahmi ucap takziah atas pemergian penerbit TRAXXfm

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 2:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat penerbit saluran radio RTM iaitu TRAXXfm Muhammad Faizal Husaini Rashid yang meninggal dunia akibat kanser, malam tadi.

Fahmi berkata Muhammad Faizal Husaini, 45, yang mesra dengan panggilan Lisham cukup dikenali dengan sikap mesra dan ramah, serta amat disenangi rakan sekerja.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

“Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Lisham,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Dalam satu lagi hantaran di Facebook, Fahmi mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah Elphege Godomon yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Beliau berkata nama mendiang sememangnya tidak asing dalam kalangan pengamal media di Sabah.

“Justeru, kehilangan ini pastinya amat dirasai oleh rakan-rakan seperjuangan,“ kata Fahmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved