Fahmi ucap takziah kepada keluarga M Daud Kilau

18 Dec 2023 • 8:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang legenda, Datuk M Daud Kilau (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan hari ini.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Satu lagi berita sedih hari ini. Salam takziah buat keluarga Datuk M Daud Kilau, penyanyi tersohor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pemergian M Daud Kilau, 85, pada kira-kira pukul 4.40 petang tadi disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

Raja Gelek Malaysia itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas Zuhur esok. -Bernama