Fahmi ucap takziah kepada keluarga Pak Syer

24 Sep 2023 • 7:45 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis Lembah Pantai Sher Muhammad yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi dalam hantaran menerusi Facebook berkata Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Syer merupakan seorang yang baik hati dan sering memberi kata-kata semangat kepada beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Allahyarham seorang yang sangat baik hati, dan sering memberi saya kata-kata semangat untuk terus berkhidmat walau apa pun berlaku. Beliau banyak membantu di Lembah Pantai, terutama di Kebun-Kebun Kerinchi.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. - Bernama