Fahmi ucap takziah kepada keluarga penyanyi Fairuz Misran

8 Sep 2023 • 8:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi Fairuz Misran yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Fahmi berkongsi ucapan takziah itu menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau petang ini.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Fairuz Misran yang terkenal dengan gaya Tan Sri P.Ramlee yang telah meninggal dunia hari ini.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Berita pemergian Fairuz dikongsi abangnya Ruzaidi Misran menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi. Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. -Bernama