Fahmi ucap takziah kepada keluarga Suhaimi Saad

15 Nov 2023 • 10:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar hantaran oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menzahirkan ucapan takziah buat Allahyarham Mohd Suhaimi Saad.

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas anggota nasyid kumpulan In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada Rabu.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Menerima berita sedih. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi kumpulan nasyid In-Team, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Suhaimi dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

Sebelum ini, Allahyarham Mohd Suhaimi ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Difahamkan, Mohd Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.

Disebabkan keadaannya semakin membimbangkan, bapa mertuanya telah membawanya ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved