Fahmi ucap takziah kepada keluarga veteran RTM Abdullah Hakim

24 Mar 2024 • 5:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga veteran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Allahyarham Abdullah Hakim yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial X, Fahmi berkata Allahyarham memulakan khidmat di Radio Malaya pada 1 April 1958 sebagai juruhebah di Bahagian Melayu.

“Allahyarham antara lain pernah bertugas sebagai pembaca berita televisyen pada 1972 ketika siaran mula dipancarkan dari studio di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved