Fahmi ucap takziah pemergian pelakon Ridzuan Hashim

4 May 2023 • 5:43 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian pelakon terkenal tanah air Ridzuan Hashim yang meninggal dunia kira-kira 2 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Fahmi menzahirkan perasaan sedih atas kehilangan pelakon yang memegang watak ‘King’ dalam filem KL Gangster itu.

“Innalillah. Sedih mendengar berita kehilangan pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Sementara itu, khabar pemergian Allahyarham itu disahkan bekas isterinya yang juga pelakon Didie Alias menerusi hantaran video di Instagram.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, beliau memaklumkan jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika ini.

“Saya mohon kepada semua sesiapa yang masih ada hutang bersama arwah boleh jumpa saya dan ampunkan, maafkan beliau,” katanya. - Bernama