Fahmi Umum Pelantikan Mohamad Salim Terajui SKMM

28 Feb 2023 • 11:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Salim (kiri) menerima surat pelantikan sebagai pengerusi SKMM daripada Fahmi, pagi ini. - Gambar dari Instagram @fahmifadzil.1

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa esok.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan di Instagram milik beliau, pagi ini.

“Sukacita saya umum pelantikan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai Pengerusi SKMM bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Mac 2023.

“Tan Sri Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta menjadi ‘Pengerusi Interim’ SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023,” katanya.

Menurut Fahmi, pelantikan Mohamad Salim diyakini dapat membantu kementerian itu menangani isu prasarana komunikasi.

Katanya, ini termasuk tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih belum mempunyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan’.

Mohamad Salim menggantikan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang dilantik sebagai Pengerusi Interim SKMM pada 5 Januari lalu.

Terdahulu, Muhammad Azmi mengambil alih kepimpinan SKMM daripada Mohamad Salim yang meletak jawatan pada 20 Disember tahun lalu selepas menerajui agensi itu sejak 10 Jun tahun lalu. – Getaran, 28 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved