
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dilaporkan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun berlapang dada dengan tindakan suaminya dan akui bersedia untuk memperjuangkan nasibnya sebagai seorang isteri.
Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz, Ini Respon Puteri Sarah - "Saya Isteri Derhaka? Tunggu Apa Dia Nak Buat Dulu"
Terbaru, sebahagian alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz dibuat oleh Syamsul itu dimaklumkan kerana Puteri Sarah didakwa masih berhubung dengan bekas kekasih.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga didakwa telah memfitnah Syamsul dengan mendakwa pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberikan nafkah.

The post Fail Permohonan Nusyuz, Syamsul Yusof Beri Alasan Puteri Sarah Masih ‘Contact’ Dengan Bekas Teman Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


