Faisal Halim Akui Lafaz Cerai Di Luar Mahkamah – “Sebulan Dah Tak Tinggal Sebumbung”

LocalFootball
2 Sep 2025 • 6:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Rendah Syariah Klang menetapkan Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian membabitkan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Menurut peguam Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, penangguhan itu dibuat selepas pihak defendan memaklumkan pernah berlaku perceraian di luar mahkamah sebelum ini.

Katanya, “Mahkamah mengarahkan defendan untuk mengesahkan isu perceraian luar mahkamah terlebih dahulu sebelum kes ini didengar. Justeru, tarikh sebutan baharu ditetapkan Oktober.”

image is not available

Beliau menjelaskan, anak guamnya mengambil keputusan memfailkan permohonan cerai kerana sudah tiada persefahaman dan pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. “Tidak dinafikan mental anak guam saya terganggu, namun dia tekad untuk meneruskan proses ini,” ujarnya.

Kes difailkan Syazwani pada hujung Ogos lalu dan dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim. Untuk rekod, Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey, mendirikan rumah tangga bersama Syazwani pada 9 Mac 2019 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

image is not available 2025-09-02 16:29:11

"Wanita Memang Tak Boleh Susah Bersama" - Berita Isteri Faisal Halim Mohon Cerai Terima Banyak Komen Sindiran