Faisal Halim Dan Isteri Bercerai Talak Dua Setelah 6 Tahun Berkahwin

LocalEntertainment
28 Nov 2025 • 6:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, dan isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua pada Jumaat selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan kedua-dua lafaz cerai tersebut.

Menurut peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, perceraian pertama berlaku pada 11 Jun, namun pasangan itu kembali rujuk pada hari yang sama dan rujuk tersebut turut disahkan mahkamah. Bagaimanapun, lafaz cerai kedua berlaku pada 10 November dan turut diperakui sebagai sah.

Advertisement

View this post on Instagram

Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian. Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, dan mereka rujuk hari yang sama. Talak kedua pada 10 November baru-baru ini dan mahkamah juga telah sahkan.

Difahamkan, Syazwani kini berada dalam tempoh iddah sehingga 10 Januari 2026.

Sementara itu, perbincangan mengenai hak jagaan anak dan pembahagian harta sepencarian masih berjalan. Akberdin memaklumkan bahawa cadangan bertulis sudah diserahkan kepada pihak peguam Syazwani untuk diteliti sebelum sebarang persetujuan dicapai.

“Patutlah Layan Aku Macam Sampah” – Status Isteri Faisal Halim Undang Perhatian Ramai

image is not available
image is not available

“Setakat ini saya sudah serahkan cadangan penyelesaian berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian. Peguam Syazwani akan meneliti terlebih dahulu sebelum capai kata sepakat. Mereka menyambut baik cadangan itu,” ujarnya.

Pada 2 September lalu, Syazwani memfailkan permohonan cerai selepas enam tahun berkahwin. Namun, pada Khamis, kedua-duanya sempat memuat naik foto bersama seolah memberi bayangan hubungan kembali pulih sebelum kemelut kembali tercetus pada 10 November apabila Syazwani memberi isyarat rumah tangga mereka masih goyah.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-28 16:19:35

Dipanggil Ke IPD Kemaman, Influencer Tareq Fiq Beri Keterangan - "Saya Bukan Nak Bermusuh Dengan Ojen"

The post Faisal Halim Dan Isteri Bercerai Talak Dua Setelah 6 Tahun Berkahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.