Faisal Halim Dapat Kulit Dari Belgium Berharga RM30,000

8 May 2024 • 4:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
faisal halim

Kulit daripada Belgium dengan nilai RM30,000 diperlukan Faisal Halim bagi membantu proses rawatan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Perubatan Sukan SFC, Dr Muhammad Hazwan Khair ketika ditemui.

Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Dari segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti.

Kulit ini merupakan rawatan terbaik yang ada dalam pasaran perubatan…

Difahamkan juga, kulit itu dipanggil skin allograft dan ia dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan Faisal.

Untuk pengetahuan korang, kulit ini juga merupakan kaedah rawatan yang tertinggi yang ada dalam pasaran perubatan bagi merawat luka kebakaran. Ia juga digunakan bagi merawat pesakit yang tidak mempunyai kulit lebihan bagi menutupi luka.

Kulit ini juga diperoleh dari penderma yang masih sihat atau mereka yang telah meninggal dunia. Jadi, bolehlah kita andaikan ini sahaja rawatan yang terbaik bagi memastikan Faisal dapat kembali dalam arena bola sepak negara.

Segala kos perubatan Faisal Halim akan ditanggung Tengku Amir Shah..

Dalam pada itu, Pengerusi SFC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah juga akan menanggung segala kos rawatan Faisal walaupun beliau sudahpun mempunyai insurans perubatan.

Kos perubatan Faisal sudah ditanggung menerusi insurans tetapi kita mahukan yang terbaik untuk dia. Apa yang dimaklumkan, rawatan yang terbaik biasanya membabitkan kos yang tinggi.

Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) beri jaminan bahawa tak usah khuatir dan jangan risau, pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan tanggung kos perubatan sekiranya perlu.

Terima kasih Tengku Amir Shah, semoga dengan bantuan ini dapat memastikan Faisal terus bersemangat untuk teruskan perjuangan. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.