Faisal Halim Menangis, Sanggup Balik Kampung Kerja Gaji RM50 Sehari Asal Keluarga Selamat

13 Jun 2024 • 3:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
faisal halim

Pemain bola sepak Faisal Halim menitiskan air mata dalam sidang media buat kali pertama selepas insiden simbah asid yang menimpanya.

Faisal meminta orang ramai dapat memberinya sedikit ruang dan privasi buat dirinya fokus kepada pemulihan.

image is not available

Bintang bola sepak ini mengaku sedih dengan apa yang berlaku namun bersemangat untuk ‘comeback’ semula.

Hari ini harapan saya untuk kembali bermain buat kelab ini dan negara satu hari nanti. Saya berharap pelaku dapat ditangkap secepat mungkin dan didakwa di mahkamah.

Katanya lagi, selepas insiden hitam itu, dia dan keluarga hidup dalam ketakutan. Dia pernah terfikir sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu asalkan keluarganya selamat.

Saya nak balik ke kampung duduk tenang, boleh bekerja walaupun sehari RM50 RM100 janji keluarga saya selamat.

Saya tak perlu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku kepada saya ini benda luar jangkaan. Saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan.

Faisal bagaimanapun mengaku doa dan sokongan daripada orang ramai serta pihak pengurusan pasukan membuatkan dirinya bersemangat untuk teruskan kerjaya.

Kredit: Instagram tvsukanstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.