Faisal Halim semakin pulih, dah boleh makan & semangat nak jalani latihan bola sepak

LocalFootball
8 May 2024 • 2:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyerang Selangor FC, Faisal Halim semakin pulih dan dilaporkan berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu.

image is not available

Faisal Halim semakin pulih

Perkembangan positif mengenai Faisal Halim itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas menziarahinya bersama Raja Muda Selangor, Tunku Amir Shah, hari ini.

Maklumnya anak jati kelahiran Pulau Pinang itu sudah boleh makan serta bersemangat untuk menjalani latihan bola sepak seperti biasa.

Akui Shahril Mokhtar, dia sangat bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain berusia 26 tahun itu.

“Alhamdulillah, selepas alami pembedahan kedua selama tiga jam, pakar memberitahu keadaannya adalah cukup-cukup baik, terima kasih atas doa semua.
“Faisal Halim sudah boleh makan serta dia sendiri sudah teruja untuk bangun dan jalani aktiviti bola sepak, ini sangat membanggakan kerana dia membuktikan keazaman cukup hebat,” katanya.

image is not available

image is not available

Boleh makan makanan berbentuk cecair

Bagaimanapun, Faisal yang biasa disapa Mickey hanya boleh makan makanan berbentuk cecair dan masih perlu berada di bawah pemerhatian rapi untuk tempoh yang tidak diketahui.

Jelasnya lagi, pemain kebangsaan itu masih perlu menjalani beberapa pembedahan lagi dengan proses pemulihan dibuat secara berperingkat.

“Inysa-ALLAH, dalam masa seminggu ini, akan ada lagi. Tetapi, apabila berkata mengenai pembedahan, jangan rasa alarming kerana kesemua proses ini perlu dibuat secara berperingkat,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Faisal Halim dilaporkan telah mengalami lecur tahap empat setelah disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Damansara.

Sumber: X fnasrom via Astro Arena