Samsung Galaxy M10 & M20 Bakal Menerima Kemaskini Android Pie Bermula Jun Ini

24 May 2019 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah melancarkan Galaxy M10 & Galaxy M20 di Malaysia pada awal tahun ini, namun ia hanya menjalankan Android Oreo sewaktu ia dilancarkan. Namun bermula Jun ini, kedua-dua peranti ini bakal menerima kemaskini untuk menikmati sistem operasi Android 9.0 Pie.

Sebagai peranti keluaran peranti tahun ini, penawaran sistem operasi Galaxy M ini dilihat sedikit ketinggalan kerana tidak menjalankan sistem operasi terkini. Ia berbeza dengan siri Galaxy A (2019) yang sedia menjalankan Android Pie secara terbina. Namun dengan pengumuman terbaru ini, ia sedikit sebanyak menarik nafas lega kepada pengguna Galaxy M untuk menikmati Android Pie ini.

image is not available

Namun begitu, Samsung tidak menyatakan sebarang fungsi yang bakal dibawa menerusi kemaskini Android Pie. Namun seperti peranti Samsung yang lain, ia bakal membawakan One UI dengan tampilan yang lebih kemas dan lebih mesra untuk penggunaan di sebelah tangan.

Dengan pengenalan kemaskini ini, Samsung nampaknya komited dalam menawarkan kemaskini terkini, termasuk peranti yang dijual pada harga yang rendah. Jadi bagi pengguna Galaxy M10 dan M20, kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat yang mana mengambil tempat seawal Jun ini.