Fakta penting Perang Dunia Pertama yang perlu pelajar tahu!

16 Apr 2024 • 12:52 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Antara faktor mencetuskan Perang Dunia Pertama adalah persaingan kuasa imperialis, pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.

Konflik antara Iran dan Israel yang sedang berlaku ketika ini telah mencetuskan kebimbangan global, termasuk Malaysia.

Dengan serangan bertubi-tubi seperti serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel, tidak mustahil ia petanda kepada sebuah perang yang baharu.

Memetik perkongsian Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Salawati Mat Basir, serangan demikian hanyalah suatu permulaan.

“Dalam undang-undang antarabangsa jelas ia adalah satu peperangan sudah berlaku di antara Iran dan Israel.

“Cuma jarak geografi merentasi beberapa negara yang bersekutu dengan Israel.

“Jadi di sini kita akan lihat, kuasa-kuasa besar yang berada di belakang Israel akan terus menerus bersekongkol seperti beberapa negara EU seperti Itali dan Jerman," katanya dalam agensi berita.

image is not available

Kata Salawati lagi, masih terlalu awal untuk berkata ia adalah permulaan kepada Perang Dunia Ketiga.

“Hendak kata Perang Dunia Ketiga itu saya tidak berada di situ untuk berkata demikian tetapi ia akan meningkatkan risiko tersebut,” ujarnya.

Susulan ketegangan dua buah negara ini yang mungkin permulaan kepada Perang Dunia Ketiga, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi info mengenai sejarah Perang Dunia Pertama.

image is not available


image is not available
Peta Eropah menunjukkan lokasi Perang Dunia Pertama antara Kuasa Tengah dengan Pakatan Bertiga.

Fakta penting yang dipetik menerusi Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 - Bab 3 itu, diharapkan menjadi panduan guru dan pelajar di negara ini.

Latar belakang Perang Dunia

Perang Dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Persaingan tersebut telah mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 - 1918) dan Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.

Perang Dunia Pertama

Peristiwa Perang Dunia Pertama

1) 1 Ogos 1914

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia.

2) 3 Ogos 1914

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia. Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang Perancis.

3) 4 Ogos 1914

Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium.

4) Oktober 1914

Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dengan memihak kepada Kuasa Tengah.

5) Mac 1915

Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga.

6) April 1971

Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga.

image is not available

Berakhir Perang Dunia Pertama

Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918. Jerman kemudiannya dipaksa menandatangani gencatan senjata. Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai yang diadakan selepas tamat perang telah memberikan kesan kepada negara di Eropah. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama.

1) Persidangan Damai Paris

Diadakan pada 18 Januari 1919 untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Syarat ini bertujuan memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan tersebut melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.

2) Perjanjian Versailles

Ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerma pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki:

i. Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang

ii. Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.

iii. Mengehadkan saiz angkatan tentera.

iv. Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

- Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.

image is not available

Kesan Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah. Negara kita turut terkesan akibat perang tersebut.

1) Keruntuhan pemerintahan beraja

2) Kemunculan negara baharu

3) Kesan terhadap negara kita

image is not available

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan keamanan dunia.

Namun begitu, perdamaian yang dicapai hanya bersifat sementara kerana 20 tahun selepas itu, Perang Dunia Kedua pula meletus.