Faktor Saiz Badan, Peguam Siti Bainun Minta Mahkamah Bagi Hukuman Ringan

3 May 2023 • 2:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
siti bainun

Baru-baru ini, warganet telah menerima berita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun atas kesalahan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down.

Namun, pihak pembelaan Siti Bainun meminta Mahkamah Sesyen untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan anak guamnya atas alasan sudah insaf.

Faktor kesihatan

image is not available

Dalam hujah mitigasi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, peguam bela Mohammad Farhan Maaruf merayu mahkamah untuk mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan Siti Bainun.

Farhan juga meminta agar mahkamah meletakkan hukuman sekadar denda sahaja dan jumlah maksimum yang mampu dibayar oleh anak guamnya.

Saya memohon mahkamah pertimbang gerak kerja sosial Siti Bainun dalam bidang kebajikan serta kesukarelawan. Anak guam perlu menjaga ibu dan hanya menjalankan perniagaan menjual kek.

Sebelum ini, Siti Bainun telah dikenakan hukuman penjara 12 tahun kerana didapati bersalah mengabaikan dan menganiaya Bella.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved