Fall 2024 Haute Couture: Gaya Dior meraikan Olimpik 2024

5 Jul 2024 • 10:00 AM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Dengan kehadiran Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada musim panas ini, Maria Grazia Chiuri memberi penghormatan yang wajar kepada semua atlet – sejak zaman dahulu hingga hari ini yang telah berusaha keras mengatasi prasangka dan halangan untuk memastikan mutu skil yang setara dalam pertandingan sukan tersebut menerusi koleksi Dior (Paris) kali ini.

Bagi pereka ini, koleksi tersebut merupakan peluangnya untuk menggabungkan couture dan pakaian sukan dengan klasisme, tenaga kolektif, dan nilai politik yang sering dilabel terhadap kaum wanita.

Diadakan di Musée Rodin di Paris awal minggu lepas, pertunjukan haute couture Dior musim Luruh/Sejuk 2024-2025 Maria Grazia Chiuri kaya dengan imej atlet purba dan Milliat, yang melobi awal abad ke-20 membawa kepada kemasukan sukan wanita dalam Sukan Olimpik . Konteks sejarah ini, ditambah pula dengan kemunculan pakaian sukan dalam fesyen tahun 1920-an, membentuk semula ciptaan couture yang dilihat di pentas peragaan. Mozek meriah oleh artis mendiang Faith Ringgold, yang dicipta semula oleh Chanakya, membentuk latar belakang yang menarik, menyerlahkan siluet monokrom dan meraikan kebebasan badan wanita – tema yang berulang dalam karya Chiuri.

Dior Paris imbas kembali gaya Olympian

image is not available
Kredit: Dior

Dalam langkah berani, Dior (Paris) memperkenalkan jersi ke dalam haute couture, mengubah pakaian menjadi jaringan logam dalam emas, perak dan putih, yang kemudian merangkul bentuk badan dengan elegan. Ultralight bustier menyediakan struktur, manakala jersi sukan yang dihiasi dengan daun emas dan labuci mikro menambah sentuhan moden. Gabungan couture dan pakaian sukan ini jelas menggariskan kepercayaan Chiuri dalam ‘membebaskan’ wanita melalui pakaian mereka.

Kedepankan gaya pleats & drapes, Dior kekal unik

image is not available
Kredit: Dior

Pleats dan drapes juga ditonjolkan, dengan skirt yang mendedahkan seluar bahagian dalam dan perincian fringe memberi fokus utama kepada pergerakan semasa model berjalan. Fabrik yang direka pada badan setiap model juga menghasilkan ilusi bentuk statuesque , manakala gaun sutera bersulam menambah keanggunan abadi pada koleksi.

image is not available
Kredit: Dior

Bukan itu sahaja, koleksi itu turut menampilkan gaya moden pada peplum antik, dengan model memakai sandal gladiator dan tank top metalik. Reka bentuk termasuk cermin mini dan kesan moiré yang memberi ilusi seperti latar belakang mozek, dan fabrik emas yang kelihatan seperti molten liquids jelas menjadi taruhan. Koleksi itu, yang terdiri daripada 61 rupa,terfokus kepada gaun merah yang menonjol – ‘warna kehidupan’ menurut Christian Dior – melambangkan celebration of body.

Jelas sekali menerusi koleksi musim luruh Dior (Paris) kali ini bahawa ia bukan sekadar pakaian, tetapi manifestasi impian dan cita-cita, simbol semangat juang yang tidak pernah padam. Fesyen dan sukan bersatu dalam tarian yang anggun, merayakan keunggulan fizikal dan kreatif, memupuk rasa hormat dan kebersamaan. Gabungan ini menyemai benih inspirasi, mengingatkan kita bahawa dalam setiap persaingan, ada keindahan yang tersembunyi, dan dalam setiap perjuangan, ada seni yang menunggu untuk ditemui.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

Kredit: Couture Notebook

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

The information in this article is accurate as of the date of publication.