Falsafah Universal Hari Wesak Boleh Diteladani – PM

4 May 2023 • 11:41 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim berkata falsafah sambutan Hari Wesak yang sangat universal boleh diteladani dengan cermat dalam kalangan masyarakat di negara ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, falsafah sambutan Hari Wesak yang sangat universal boleh diteladani dengan cermat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut beliau, falsafah perayaan tersebut boleh disingkap sebagai usaha memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping, hormat menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan berukun.

image is not available
Penganut agama buddha mengunjungi Tokong Buddha Jayanti di Jalan Pudu - AZIM RAHMAN

“Hari Wesak adalah hari besar buat sahabat-sahabat kita dari kalangan penganut Buddha di mana mereka memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).

“Perayaan ini bertujuan memperingati lahirnya pendiri ajaran Buddha yakni Pangeran Siddharta Gautama, dan setelah itu mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun dan kemudian matinya Pangeran Gautama pada umur 80 tahun.

“Penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

image is not available
Penganut agama Buddha bersama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi. - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Salah seorang penganut agama buddha menyalakan lilin di Tokong Buddha Jayanti. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam pada itu, Anwar berkata, kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini sepatutnya memberi keinsafan kepada rakyat untuk terus membawa mesej kasih sayang dan keamanan bersama.

“Malaysia dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya. Persefahaman yang utuh adalah jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini.

“Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia,” katanya. – Getaran, 4 Mei 2023

View Original Article