“Falsetto Dia”- Ramai Puji Suara 2 Beradik Buat ‘Konsert’ Di Dapur Sedap [Video]

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 10:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ramai yang gemar menyanyi, namun tidak semua boleh bernyanyi dengan baik.

Ada segelintirnya hanya menyanyi sekadar untuk menghiburkan diri meskipun tahu tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut.

Namun ada juga segelintir individu yang sememangnya mempunyai bakat dalam nyanyian dan ia perlu digilap dengan ilmu dan praktikal untuk pergi lebih jauh dalam bidang tersebut.

Dua beradik buat ‘konsert’ di dapur raih perhatian ramai

Baru-baru ini, dua orang adik beradik menjadi perhatian ramai apabila mengadakan ‘konsert’ nyanyian di dapur ibu mereka sehingga meraih perhatian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Qiem di TikTok, kelihatan dia bersama adiknya, Shamil duduk di atas lantai dapur untuk membuat ‘konsert’ tersebut.

Sewaktu mengadakan konsert tersebut mereka turut meletakkan di tengah-tengahnya lesung batu bersama bawang holland dan alat penguat suara (speaker). Bukan hanya itu, dua beradik ini turut menamakan konsert mereka sebagai ‘Konsert Lesung Batu’.

Mereka kemudian menyanyikan sebuah lagu dari Indonesia yang bertajuk ‘Di Balik Pertanda’ nyanyian Kaleb J.

Siap buat falsetto ketika menyanyi

Apa yang lebih menjadi perhatian, dua beradik ini tidak hanya mempunyai suara yang sedap malah Qiem turut dilihat menggunakan teknik falsetto dengan baik sewaktu menyanyikan lagu itu.

Selain itu, mereka juga menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan penghayatan meskipun hanya berada di dapur.

Kata Qiem di ruang kapsyen, mereka menyanyi kerana ingin mengambil mood terlebih dahulu sebelum mula memasak bersama adik.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan dua beradik ini, mereka kerap memuat naik video nyanyian ketika berada di rumah.

Malah Qiem sebelum ini juga pernah membuat persembahan seperti busking dan menyertai uji bakat atau pertandingan nyanyian.

Ramai teruja dan puji suara sedap

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji suara dua beradik ini sedap meskipun hanya membuat konsert di dapur rumah.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar mereka menghadiri uji bakat One In A Million untuk menyerlahkan bakat mereka.

“Falsetto dia”

image is not available

“Korang cubalah masuk OIAM, pergi uji bakat dulu pun tak apa”

image is not available

“Fuh dan 10 kali ulang ni, ‘The tanpa kita hits differently'”

image is not available